Monday, June 17

“K’jaan Telah Beri Banyak Subsidi Tidak Langsung Tanpa Disedari”

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa kerajaan telah memberi banyak subsidi tidak langsung dan tidak dinyatakan dalam pelbagai bidang yang sebaliknya tidak disedari oleh rakyat.

“Malah, ada terlalu banyak subsidi sedemikian dari segi penjagaan kesihatan, pendidikan tinggi dan tarif yang kerajaan tidak mendapat (sebarang) pujian pun,” kata Najib pada sesi talimat media untuk pengarang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri yang akan membentangkan Bajet 2018 di Dewan Rakyat esok, ​turut memberi contoh kira-kira RM24 bilion telah disediakan untuk sektor penjagaan kesihatan biar pun kutipan bagi perkhidmatan itu adalah RM600 juta.

Selain itu, tarif elektrik negara ini juga adalah antara yang terendah di dunia disebabkan subsidi yang diberikan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, rakyat sebenarnya mendapat habuan daripada pengurangan cukai korporat dan individu menerusi pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). – Bernama

Share.

About Author

Leave A Reply