Wednesday, December 11

20 Tahun Bapa Durjana Jadikan Anak Kandung Hamba Seks

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Kejadian ‘haruan makan anak’ semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Perbuatan keji ini bukan sahaja berlaku di negara kita tetapi juga negara luar.

Di Argentina, seorang lelaki, Domingo Bulacio  dibicarakan atas tuduhan menyimpan anak perempuannya sebagai hamba seks selama 20 tahun sehingga melahirkan lapan anak.

Mahkamah diberitahu, ujian DNA menunjukkan Bulacio bertanggungjawab atas lapan kehamilan anaknya selepas merogol mangsa berulang kali sejak wanita itu berusia sembilan tahun.

Perbuatan Bulacio akhirnya terbongkar selepas mangsa membawa anak bongsunya bertemu doktor kerana sakit dan mendedahkan bapa kandungnya adalah ayah kepada kanak-kanak itu.

Bulacio kemudian ditahan pada Januari tahun lalu selepas menghilangkan diri selama 45 hari susulan laporan polis doktor terbabit.

Dia ditemui menyorok di rumah anggota keluarga di Loreta, Santiago del Estero, utara Argentina, 48 kilometer dari tempat tinggalnya.

Media melaporkan enam daripada lapan anak dilahirkan akibat perbuatan Bulacio itu kini menginap di sebuah asrama di Santiago del Estero.

Pelbagai spekulasi dibuat mengenai ibu mangsa yang dilaporkan media tempatan.

Akhbar El Liberal melaporkan wanita itu dihalau dari rumah berkenaan dan membawa tiga anaknya, meninggalkan mangsa bersama Bulacio.

Bagaimanapun, ada juga laporan mendakwa ibunya meninggalkan Bulacio kerana tidak tahan didera.

Dalam laporan sebelum ini, mangsa memberitahu media dia menjadi pengganti ibunya selepas wanita itu meninggalkan rumah keluarga berkenaan. –KLICK.MY

Share.

About Author

Leave A Reply