Thursday, August 22

Alicia Amin Bergambar Separuh Bogel, Cabar Persepsi Masyarakat

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Kecoh di laman sosial Twitter mengenai model Melayu beragama Islam selepas dia bergambar hampir tanpa seurat benang untuk sebuah laman web menjual pakaian dalam.

Foto separuh bogel milik Alicia Amin itu dipercayai diambil pada 2016 di pantai terletak di Melbourne Australia bagi mempromosi laman web yang menjual pakaian dalam wanita.

Alicia atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin. 22, sebenarnya bermula sebagai seorang model peragaan pentas yang pernah menjadi peserta Asia’s Next Top Model (ANTM) musim kelima.

Walaupun gambarnya mendapat kutukan hebat netizen, model itu tidak kisah dan mempunyai pandangan tersendiri dan malah mengutuk kembali netizen Malaysia yang takut untuk berbangga dengan kerja seni hanya kerana mencabar nilai masyarakat.

Alicia kini bergelar pelakon apabila membintangi drama tempatan  Meh Sandar Lagi dibintangi Aliff Aziz dan Mira Filzah yang sedang disiarkan di TV3.

Dia berkongsi video lakonannya dan meminta pengikutnya menyaksikan drama lakonannya itu namun ada netizen yang mengutuknya kerana selama ini lantang mengutuk mentaliti Melayu yang tidak terbuka minda berhubung isu gambar bogel untuk fesyen.

Netizen ini memerli Alicia kerana berlakon dalam drama Melayu yang sering dikutuk model itu sendiri, katanya kalau nak berlakon pilihla drama TV yang berkualiti. Tweet itu mendapat balasan Alicia.

Ada Netizen yang mendakwa Alicia telah berhenti dari pengajian undang-undang di sebuah universiti di Australia kerana serius untuk menceburi kerjaya sebagai seorang model.

Pendapat penulis, jika Alicia hendak masuk ke industri seni tempatan dan memikat audien dalam lakonannya, imej seksi dan lantang dalam isu sensitif sememangnya tidak mudah kerana ia seperti menongkah arus.

Apapun, semoga Alicia diterima di dalam bidang lakonan di negara ini. –KLICK.MY

Share.

About Author

Leave A Reply