Monday, June 17

Bajet 2018, cabaran dalam memenuhi jangkaan rakyat – PM

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

PUTRAJAYA – Cabaran terbesar dalam penyediaan Bajet 2018 ialah usaha untuk memenuhi jangkaan rakyat dan sejauh mana ia dapat dipenuhi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam taklimat kepada editor media di sini hari ini, Perdana Menteri berkata, pasukan bajetnya berbincang dan bekerja keras dalam tempoh yang lama untuk menyediakan Bajet 2018 memandangkan semua pihak mempunyai harapan yang tinggi.

 Najib mahu rakyat memahami matlamat bajet kerana ia mesti mencerminkan pengurusan ekonomi, kewangan dan fiskal negara yang kukuh.

Bajet 2018 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 3.30 petang esok.

“Ia pertama kali bermula pada 3.30 petang memandangkan Maghrib masuk pada 7 malam. Kami mahu memastikan ada masa untuk menunaikan solat Asar dan tidak berpanjangan kepada waktu Maghrib. Kami tidak boleh mengubah waktu Maghrib namun masa pembentangan Bajet boleh ditukar,” katanya dan menambah ucapan beliau tidak terlalu panjang namun ada banyak perkara yang akan beliau perkatakan.

Bagi Najib, penyediaan Bajet 2018 merupakan satu lagi cabaran besar memandangkan ‘apa sahaja yang beliau kata atau lakukan akan diterima dan diinterpretasi sebagai Bajet Pilihan Raya. – Bernama

Share.

About Author

Leave A Reply