Thursday, August 22

Bapa Dipecat Gara-Gara Si Anak Dedahkan Video iPhone X

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Kepesatan dan persaingan dalam teknologi telefon bimbit tidak dapat dinafikan. Alat komunikasi tersebut adalah antara teknologi yang paling pesat membangun.

Dia syarikat gergasi telefon bimbit dunia tidak lain tidak bukan adalah Apple dan Samsung. Baru-baru ini syarikat Apple telah melancarkan telefon bimbitnya, Iphone 8 dan bakal menyusul nanti adalah iPhone X.

Namun, keterujaan seorang gadis iaitu anak kepada salah seorang jurutera yang bekerja di Syarikat Apple mendedahkan iPhone X di YouTube telah mengundang padah.

Brooke Amelia Peterson menyiarkan video iPhone X itu yang didakwanya dirakam ketika mengunjungi bapanya di Ibu Pejabat Apple di Cupertino,California. Rakaman itu dibuat di Caffe Macs, kafeteria dalam ibu pejabat berkenaan.

Video itu yang kini sudah dipadamnya atas permintaan Apple, menunjukkan bapanya menggunakan iPhone X untuk membayar makan tengah hari mereka secara automatik sebelum membenarkan Brooke menggunakan telefon itu.

Bapanya dilihat menyedari anaknya merakam ketika dia mengaktifkan pusat kawalan dan melihat fungsi telefon berkenaan.

“Ayah ada iPhone X baru. Lihat, besarnya skrin… anda cuma perlu ‘menyapu’ untuk kembali ke paparan utama,” kata Brooke dalam video itu.

Mereka juga bermain dengan animoji, emoji animasi Apple yang menggambarkan ekspresi pengguna dengan bapanya memegang telefon itu untuknya.

Video itu turut menunjukkan butang sisi dan bahagian kelabu di belakang telefon. iPhone X berharga $999 (RM4,233.26) ditampilkan dengan paparan dari tepi ke tepi, pengenalan muka (Face ID) bagi membuka kunci telefon tanpa perlu cap jari atau butang ‘home’.

Telefon itu yang mula dijual 3 November ini, dengan paparan 5.8 inci dua juta piksel tanpa butang ‘home’.

Namun, Sabtu lalu, Brooke menyiarkan video baru, memohon orang ramai supaya tidak mensasarkan bapanya yang kini kehilangan pekerjaan.

“Benci saya jika anda mahu tapi tolong jangan benci ayah saya kerana dia yang terbaik. Bila anda bekerja dengan Apple, sebagus mana pun anda, jika melakukan kesalahan, anda perlu pergi.

“Saya tidak marah dengan Apple, saya tidak akan berhenti membeli produk Apple. Bapa saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya bagi kesalahan dilakukannya,” katanya. –LUBUKCERITA

Share.

About Author

Leave A Reply