Saturday, May 25

Bar Perkenal Konsep Menjamu Selera Sambil Lihat Pengumpulan Sampah

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

SEKIRANYA anda seorang yang bukan penggeli, anda boleh cuba menjamu selera di sebuah bar sambil mleihat sisa buangan atau sampah dikumpulkan.

Namun jika sebaliknya, baik anda lupakan saja kerana ia boleh membuatkan anda termuntah dan tiada selera makan.

Kisah menarik sebuah bar di Jepun yang mengetengahkan konsep yang unik menjadi tular di media sosial.

Apa tidaknya, bar yang diberi nama ‘The Waste-Pit Bar’ itu dibina dalam sebuah pusat pengumpulan sampah di Tokyo.

Menurut Ayana Seki, Pegawai dari Pusat Musashino Clean berkata konsep sebegini diterapkan bagi tujuan meningkatkan kesedaran tentang mengklasifikasikan bahan sisa buangan dengan betul kepada pelanggan.

Menariknya, walaupun berlatar belakangkan sampah, bar ini masih dikunjungi ramai pelanggan sehingga ke hari ini. –LUBUKCERITA

Share.

About Author

Leave A Reply