Monday, June 17

Bayi Syria Ini Mati Akibat Ibu Kelaparan, Tiada Susu & Makanan

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Sungguh menyayat hati melihat bayi yang baru dilahirkan di Syria meninggal dunia seorang demi seorang akibat ibu kekurangan zat dan tidak dapat menyusu badan dan tidak mampu membeli susu.

Bayi bernama Sahar Dofdaa yang kelihatan seperti rangka bernyawa ini bukti mangsa kempen peperangan antara rejim Bashar Al-Assad dan puak pemberontak yang tiada kesudahan.

Tanpa pakaian, cuma kulit yang melekat pada tulang, malah dia tidak mampu menangis seperti bayi lain.

Tanpa pakaian, yang jelas dilihat hanyalah kulit yang melekat pada tulang. Hinggakan untuk menangis seperti bayi yang lain pun dia tidak mampu.

Sahar mempunyai berat tidak sampai 2 kilogram pada usia 34 hari ketika gambar ini diambil.

Ibunya bertindak membawa bayi ini ke hospital di Hamouria bagi mendapatkan bantuan.

Ibu muda ini hanya mampu menangis kerana tidak mampu menyusukan Sahar disebabkan dirinya juga kekurangan zat, manakala suaminya yang bekerja di kedai daging tidak mampu membeli susu ataupun keperluan lain untuk bayinya itu

Sahar meninggal dunia pada Ahad lalu, ibu bapa bayi itu kemudiannya membawa pulang jenazah anak tunggal mereka untuk di kebumikan di bandar berdekatan, Kafr Batna.

Kematian Sahar menyusul selepas kematian seorang lagi bayi pada hari Sabtu akibat masalah yang sama, menurut Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria.

Doktor yang merawat Sahar memberitahu bahawa mereka terpaksa menangani kes serupa hampir berdozen-dozen kes setiap hari, malah angka tersebut terus meningkat.

UNICEF sendiri dalam satu kenyataan mengatakan bahawa kanak-kanak di Syria mengalami masalah kekurangan zat yang amat teruk dengan tanda-tanda yang jelas dapat dilihat.

Ratusan ribu kanak-kanak menderita kelaparan akibat kurang nutrisi kerana makanan sukar didapati dan jika ada, harganya sangat mahal dan tiada sesiapa mampu membelinya.

Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan penduduk Syria, kisah sebegini semestinya memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita agar lebih bersyukur dengan kehidupan sendiri. –KLICK.MY

 

Share.

About Author

Leave A Reply