Thursday, August 22

Bekas Pembantu Tadbir Pejabat MB Selangor Direman 3 Hari

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

SHAH ALAM – Seorang bekas pembantu tadbir pejabat Menteri Besar Selangor direman tiga hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa dalam pemberian projek membekal cenderahati ke pejabat Menteri Besar Selangor pada 2016.

Perintah tahanan reman ke atas wanita berusia 38 tahun yang dipohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu dikeluarkan oleh Majistret Khairul Nizam Abu Bakar di sini pada pukul 11.30 pagi.

Turut direman selama tiga hari adalah pemilik syarikat pembekalan cenderahati berusia 59 tahun dan isterinya, 52,.

Kesemuanya di siasat di bawah Seksyen 17 (a) akta SPRM 2009.

Kosmo! semalam melaporkan bekas kakitangan pejabat Menteri Besar Selangor dan pemilik syarikat pembekalan cenderahati dan isterinya di tahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung perbuatan rasuah dan salah guna kuasa dalam pemberian projek membekal cenderahati ke pejabat Menteri Besar Selangor pada 2016. – K! ONLINE

Share.

About Author

Leave A Reply