Monday, June 17

Berkat Menabung, Haqiem Rusly Beli Kereta Idaman Secara Tunai

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Wah, artis sebeginilah yang boleh dijadikan contoh terutamanya generasi muda! Baru berusia 19 tahun, penyanyi Haqiem Rusly sudah mampu memiliki kereta idaman.

Apa yang lebih membanggakan, Haqiem membeli kereta idaman secara tunai dan bukannya secara hutang!

Walaupun baru setahun lebih bergelar penyanyi, namun berkat menabung secara sedikit demi sedikit membolehkan dia memiliki kereta idamannya. Bak kata pepatah, sikit sikit lama lama jadi bukit. Itulah yang dibuktikan oleh Haqiem dan ia patut dicontohi oleh anak muda.

“Alhamdulillah kereta ini dibeli hasil titik peluh saya sendiri dan dibayar secara tunai. Pada mulanya saya berhasrat untuk membeli kereta sedan jenis Honda City namun ibu saya menyarankan untuk membeli kereta jenis Mitsubishi Lancer,” jelasnya.

Malah, anak muda ini juga bercita-cita tinggi dan setiap impiannya, dia akan berusaha untuk menggapainya. Selain memiliki kereta, Haqiem juga merancang untuk memulakan francais bisnes burger sendiri yang diberi nama Haqiem Burger.

“Saya memang seorang yang suka menabung dan merancang untuk membuka francais bisnes burger pada tahun depan.

“Saya melihat ramai artis popular yang gagal menguruskan kewangan dengan baik, apabila sudah jatuh mereka hilang segalanya.

“Jadi, bisneslah yang mampu menjamin masa depan seseorang artis,” katanya yang merancang untuk membuka cawangan pertama di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Hebat bukan? Jadi, apa tunggu lagi mulailah menabung walaupun sedikit. –LUBUKCERITA

Share.

About Author

Leave A Reply