Thursday, October 24

Bertuah, 200 Penumpang Iberia Airlines Terima Telefon Bimbit Samsung

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Bayangkan saat anda menaiki pesawat untuk ke destinasi yang dituju, tiba-tiba anda diberitahu setiap penumpang akan diberikan sebuah telefon bimbit berjenama secara percuma.

Sudah pasti akan melonjak keriangan dan benar-benar bertuah. Begitulah yang berlaku kepada 200 penumpang sebuah pesawat Iberia Airlines apabila setiap seorang diberi percuma telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8!

Pemberian secara percuma itu sebagai tanda minta maaf syarikat Samsung Sepanyol kerana kegagalan bateri Samsung Galaxy Note 7 pada tahun lalu.

Sebelum ini, Samsung Galaxy Note 7 mengalami masalah yang tidak akan pernha dilupai oleh pengguna setianya.

Bateri Note 7 terbakar dan meletup pada awal tahun lalu dan menyebabkan syarikat gergasi telefon bimbit itu menarik balik produk tersebut di pasaran.

Pesawat dengan nombor penerbangan IB 0513 ini akan terbang dari La Coruna menuju Madrid Barajas. Pesawat tersebut membawa seramai 200 penumpang.

Usaha tersebut dilihat untuk memulihkan kembali kepercayaan pengguna terhadap Samsung. –KLICK.MY

Share.

About Author

Leave A Reply