Saturday, August 24

Biadap! 2 Wanita Ajar Budak Kecil Hisap Ganja Ditahan

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

DUA wanita ditahan selepas mereka didakwa merakam video adegan tiga kanak-kanak diajar menghisap ganja.

Michaela Pearson, 21 dan Candice Little, 18, didakwa memberi bahan terlarang itu kepada seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan.

Pearson berkata pada awalnya dia sekadar bergurau sebelum seorang kanak-kanak paling bongsu berjaya menghembus keluar asap ganja dari hidungnya.

Video melalui aplikasi Snapchat itu terbesar di media sosial.

Hubungan tiga kanak-kanak itu dengan Pearson dan Little tidak diketahui.

Dalam video tersebut, seorang kanak-kanak perempuan kedengaran batuk sebaik sahaja menghisap barang terlarang itu.

Namun seorang kanak-kanak lelaki dilihat seperti sudah biasa dengannya.

Lebih menjengkelkan, terdengar suara salah seorang daripada suspek berkata ‘beri kepada adik anda’.

Pearson dan Little dari Winston-Salem, NC., ditahan malam Selasa selepas video yang tular itu dikecam netizen.

Mereka ditemui di sebuah motel bersama dengan beberapa jenis dadah.

Inilah dua wanita yang mengajar kanak-kanak hisap ganja.

Ketiga-tiga kanak-kanak itu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan dan mereka kini diletakkan di bawah Perkhidmatan Perlindungan Kanak-kanak. –LUBUKCERITA

Share.

About Author

Leave A Reply