Wednesday, July 24

Cincin Zamrud Milik Puteri Diana, Hadiah Perkahwinan Meghan Markle

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

SELEPAS beberapa bulan melakukan persediaan, akhirnya Putera Harry dan Meghan Markle selamat melangsungkan perkahwinan di Gereja St George, Istana Windsor di United Kingdom (UK) semalam.

Menurut laporan New York Times, Putera Harry, 33, merupakan cucu kepada Ratu Elizabeth II dan kini bergelar Duke of Sussex, Earl of Dumbarton dan Baron Kilkeel.

Pasangan diraja itu melafazkan ikrar cinta antara satu sama lain dalam suasana penuh bersejarah dan disaksikan secara langsung oleh jutaan penonton di seluruh dunia.

Namun, apa yang menarik perhatian, Meghan dilihat memakai cincin ‘aquamarine’ Puteri Diana pada majlis perkahwinan sebagai penghormatan kepada mendiang bonda suaminya itu.

Duchess of Sussex, 36, dirakamkan bersama kilauan cincin yang pernah dimiliki Diana ketika Meghan dilihat hadir ke malam resepsi.

Ia dipercayai merupakan hadiah perkahwinan yang diberikan oleh Putera Harry yang jelas kelihatan berseri-seri di samping puteri baharu England itu ketika mereka berangkat pergi dari Istana Windsor.

Meghan memakai cincin yang mengagumkan itu di tangan kanannya.

Diana sebelum ini dirakamkan memakai cincin zamrud itu pada sebuah acara amal.

Selain cincin Diana, pengantin perempuan diraja itu dilihat memakai gaun leher tinggi putih lily yang diperbuat daripada kain krep sutera dan direka oleh Stella McCartney daripada Givenchy.

Kasutnya pula daripada Aquazurra dan dibuat dengan satin sutera dan mesh rona kulit.—LUBUKCERITA

 

 

Share.

About Author

Leave A Reply