Thursday, October 24

Cuaca Panas, Amal Tips Penting Ini Bagi Mengelak Strok Haba

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Jika anda perasan, sehari dua kebelakangan ini cuaca di negara kita sangat panas, badan kuat berpeluh, kepala mula sakit dan tekak kerap berasa dahaga.

Fenomena cuaca panas ini sebenarnya terhasil kesan daripada taufan Lan yang kini berada di selatan Jepun dan sedang bergerak ke utara dan mula menjauhi negara ini.

Menurut Jabatan Meteorologi, keadaan itu menyebabkan wap air di ruang udara negara ini tertumpu ke kawasan taufan berkenaan lantas menyebabkan pertambahan suhu.

Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan agar menghadkan aktiviti di luar rumah berikutan fenomena cuaca panas yang melanda beberapa negeri khususnya di sekitar Lembah Klang sejak kebelakangan ini.

Ketua Pengarah Ke­­­sihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, suhu panas yang mencecah sehingga 36 darjah Celsius itu akan memberi tekanan fizikal kepada tubuh badan dan kesihatan manusia.

“Perkara itu akan menyebabkan strok haba yang boleh membawa maut. Cuaca panas dan kering bukan sahaja mendatangkan kesan negatif kepada ekosistem malah kesihatan manusia.

“Justeru Kementerian Kesihatan menyarankan agar penduduk di kawasan terlibat mengehadkan aktiviti di luar rumah dan minum air kosong secukupnya,” katanya.

Dr. Noor Hisham menambah, kekurangan air dalam badan merupakan perkara yang amat bahaya kerana perubahan kan­dungan garam galian akan menyebabkan serangan strok haba.

Baca tanda-tanda awal strok haba.

Beliau turut memaklumkan, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang kes kritikal yang disebabkan cuaca panas, namun tidak menolak akan berlaku peningkatan kes jika keadaan itu terus berlanjutan.

“Kita meramalkan mungkin akan berlaku peningkatan kes seperti demam panas dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi. Orang ramai dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya ada tanda-tanda awal demam bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini,” ujarnya.

Amalkan tips berguna bagi menghadapi cuaca panas bagi mengelakkan strok haba menyerang anda.

Sesungguhnya penegahan lebih baik daripadam mengubati, jadi amalkanlah tips sihat ini untuk kesihatan anda sekeluarga.

Share.

About Author

Leave A Reply