Monday, September 23

Ditikam Kekasih, Disangka Ada Hubungan Dengan Jimmy Choo

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Seorang wanita melalui pengalaman buruk dalam hidupnya sepanjang menjalinkan hubungan cinta dengan teman lelakinya.

Wanita tersebut, Natasha Wild mendedahkan tentang kehidupan yang dilaluinya sebelum dia ditikam oleh teman lelaki, Lloyd Brackenbury yang kuat cemburu di dalam diarinya.

Natasha menyimpan maklumat mengenai sikap paranoid Lloyd yang juga selalu mencemuh kakaknya yang terbunuh dalam kebakaran.

Dalam diarinya yang bertajuk ‘Bagaimana kehidupan dengan Lloyd’, dia menulis bagaimana dia tiba-tiba dikejutkan teman lelakinya pada waktu malam, dipanggil penipu dan dituduh mempunyai hubungan dengan pereka kasut terkenal Jimmy Choo.

“Lloyd percaya saya menipunya dengan menjalinkan hubungan dengan lelaki pereka fesyen bernama Jimmy Choo.

“Suatu hari saya pulang ke rumah dengan seluar basah kerana memandikan anjing di rumah ibu bapa saya, tetapi bagi Lloyd saya telah tidur dengan seseorang dan dia percaya saya seolah-olah cuba untuk membunuhnya, dia fikir saya adalah sebahagian daripada Mafia.

“Malam tadi, pada 8 Oktober dia berjaga sehingga 5 pagi tanpa bercakap dengan sesiapa, memanggil saya penipu dan cuba mengejutkan saya,” tulisnya.

Dalam satu entri dia mendedahkan bahawa Llyod akan memeriksa kemaluannya untuk memastikan dia tidak tidur dengan lelaki lain.

Diarinya itu ditemui selepas dia ditikam secara ngeri di leher dalam kejadian di kediaman mereka di Rochdale November lepas.

Ia juga mendedahkan bahawa Natasha telah hamil anak Llyod tetapi menggugurkan kandungan secara rahsia. Dia memberitahu ibunya, ‘Lloyd akan bunuh saya jika dia tahu’.

Mahkamah Manchester mendengar bahawa llyod mempunyai masalah ‘skizofrenia paranoid’ (sakit mental/jiwa kronik) dan pernah ditahan di hospital psikiatri. Llyod, yang menghidap cerebral palsy, adalah pelajar tahun tiga di Liverpool Hope University.

Dia dan llyod, bekas pelajar sains forensik di Manchester University bertemu pada tahun 2009 dan menjalinkan hubungan pada 2015 dan kemudian tinggal bersama.

Tetapi beberapa bulan sebelum kematiannya, dia berdepan kesukaran untuk menyuruh teman lelakinya itu mengambil ubat dan situasi itu telah diceritakan kepada ibunya, Susan.

Ibunya memberitahu mahkamah: “Sekitar setahun sebelum ini, dia mengandung dan menggugurkan kandungan tanpa pengetahuan Lloyd.

“Dia tidak memberitahunya kerana takut Lloyd akan membunuhnya yang ketika itu saya fikir sudah terlambat untuk memberikan komen.

“Dia menambah bahawa hubungan mereka sangat ‘dahsyat’ dan Natasha telah meraung apabila dia dituduh menipu.” –KLICK.MY

Share.

About Author

Leave A Reply