Thursday, August 22

Doktor Terkejut, Cawan Kaca Tersangkut Dalam Dubur Pesakit

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Tiada penyakit cari penyakit. Itulah yang berlaku ke atas seorang lelaki di Guangzhou, China, apabila sebiji cawan kaca tersangkut di dalam duburnya.

Malah, doktor yang merawatnya juga terkejut dengan insiden yang jarang berlaku itu. Lelaki berusia 30-an itu datang ke hospital dalam keadaan kesakitan pada minggu lalu dan memberitahu ada cawan tersangkut di duburnya selama dua hari.

Tanpa berlengah, doktor segera membuat imbasan X-ray dan menemui cawan itu berada di atas bahagian rektum.

Satu pembedahan segera diaturkan kerana doktor bimbang lelaki itu boleh maut sekiranya cawan itu tidak segera dikeluarkan.

Media tempatan melaporkan, doktor pada mulanya cuba mengeluarkan cawan itu sama seperti ia masuk ke dubur lelaki berkenaan.

Menggunakan sejenis dadah bagi merehatkan otot di dubur pesakit, doktor berjaya mencapai cawan itu tetapi ia terlalu licin untuk ditarik keluar.

Doktor juga bimbang cawan itu mungkin pecah sekiranya ditarik secara paksa sekali gus menyebabkan kecederaan dalaman yang serius.

Selepas berbincang, doktor memutuskan untuk mengeluarkan cawan berkenaan dengan membedah perut lelaki berkenaan.

Akhirnya doktor berjaya mengeluarkan cawan itu dengan selamat selepas pembedahan yang berlangsung selama lebih sejam.

Lelaki itu yang sudah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak dibenarkan keluar dari hospital selepas beberapa hari dirawat.

Apa yang menjadi tanda tanya, lelaki berkenaan enggan memberitahu doktor atau ahli keluarganya bagaimana cawan itu boleh masuk ke duburnya. –KLICK.MY

Share.

About Author

Leave A Reply