Wednesday, December 11

Durian Runtuh, Pemain Bola Sepak Dapat Bonus RM12.8 Juta Seorang!

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Bayangkan kalau anda menerima bonus bernilai jutaan ringgit daripada majikan anda. Apakah yang anda rasa dan lakukan dengan duit tersebut?

Mungkin kedengaran agak mustahil, namun itulah kebenaran yang diterima oleh pemain sebuah kelab pasukan bola sepak dari China.

Pemilik kelab yang beraksi di Liga Dua China, Meizhou Meixian Techand bermurah hati menghadiahkan bonus kepada pemain-pemainnya sebanyak RM12.8 juta setiap seorang!

Bonus tersebut diberikan selepas kejayaan kelab itu layak beraksi di Liga 1 China musim depan selepas mengalahkan Shenzen Ledman 3-1 dalam perlawanan play-off terakhir mereka.

Lebih manis, kelab tersebut dibarisi oleh semua anak tempatan sekaligus membuktikan kualiti yang ada pada pemain China biarpun kelab-kelab lain berlumba-lumba untuk mendapatkan pemain ternama Eropah. –KLICK.MY

Share.

About Author

Leave A Reply