Thursday, August 22

Dynas Bertunang, Pilih April Tahun Depan Dirikan Masjid

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Wah, dalam diam-diam pengacara dan pelakon, Dynas Mokhtar bertunang dengan jejaka pilihan beberapa hari lalu!

Dynas memuat naik gambar-gambar sekitar majlis pertunangannya di Instagram. Rata-rata rakan artis dan juga peminat terkejut dengan berita tersebut.

Dynas kelihatan anggun dan menawan dengan pakaian tradisi Melayu pada majlis yang berlangsung di kediaman keluarganya di Shah Alam, Selangor. Malah, hantaran juga bertemakan tradisi Melayu.

Ibu kepada dua orang anak ini sudah hampir empat tahun menjalani hidup sebagai ibu tunggal. Menurut Dynas, dia bakal menamatkan zaman solonya pada April tahun depan bersama seorang usahawan bernama Shazrik Din.

“Alhamdulillah, saya lega kerana hubungan kami sejak tiga tahun lalu kini melangkah ke fasa yang lebih serius iaitu pertunangan. Insya-Allah, tidak lama lagi kami berdua akan melangkah ke gerbang perkahwinan.

“Saya sentiasa berdoa impian untuk memiliki kehidupan berkeluarga yang sempurna seperti wanita lain akan dipermudahkan. Majlis pernikahan kami dijangka berlangsung pada April tahun depan, cuma tarikh belum ditetapkan.

“Keluarga kami merestui hubungan ini. Begitu juga dengan dua anak saya hasil perkahwinan terdahulu iaitu Khyra Khalyssa, 7, dan Mohamed Haqaish, 5. Mereka begitu terbuka dan gembira menerima kehadiran Shazrik,” katanya. –KLICK.MY

Share.

About Author

Leave A Reply