Wednesday, December 11

Elyana Masih Selesa Kekal Trademark Berkaki Ayam Dalam Gegar Vaganza

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Siapa tak kenal satu-satunya penyanyi yang selesa berkaki ayam ketika beraksi secara langsung di kaca televisyen, Elyana.

Pada 2005 dia pernah tidak bersepatu ketika melakukan persembahan secara lansung dalam Anugerah Industri Muzik 2005.

Trademark yang sama masih ingin dikekalkan penyanyi tersebut di dalam pertandingan Gegar Vaganza musim keempat (GV4) kali ini.

“Sejujurnya, saya masih selesa berkaki ayam ketika menyanyi di pentas dan tak ada masalah tentang hal ini.

“Orang pun kenal karakter saya dan tahu Elyana sering berkaki ayam di pentas, jadi saya okay sahaja. Dalam masa yang sama dapat jimat beli kasut, boleh simpan duit tu untuk anak,” katanya berseloroh.

Dalam persembahan minggu pertama GV4, Elyana tampil berkaki ayam ketika menyanyikan lagu Tak Tercapai Akalmu.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 30 tahun ini berkata, dia perlu mempertimbangkan kesesuaian terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan tersebut.

“Saya kena fikirkan kesesuaian, kalau lagu tersebut memerlukan saya berkasut, saya akan pakai.

“Begitu juga dengan soal keselamatan, banyak aspek yang perlu saya titik beratkan.

“Kalau nak tahu, hari itu peminat datang menyokong di dewan tanpa kasut, namun dihalang masuk atas faktor keselamatan, terpaksa sarung semula kasut,” katanya.

Dalam pada itu, Elyana memaklumkan dia kini mengikuti kelas vokal bagi menambah ilmu pengetahuan mengenai muzik.

Jelasnya, dia mengikuti kelas tersebut kerana mahu mempelajari lebih banyak hal berkaitan muzik yang mungkin selama ini tidak diketahui.

“Saya mengikuti kelas vokal untuk bina keyakinan diri dan belajar mengenai ilmu asas berkaitan muzik.

“Saya memang tak pernah ambil kelas berkaitan muzik, jadi selepas ini saya akan lebih faham apa yang dikomen oleh juri,” katanya yang mengikuti kelas bersama Cikgu Arol. –KLICK.MY

Share.

About Author

Leave A Reply