Thursday, April 25

Emma Maembong Rapat Dengan Duda Anak Dua Berpangkat Datuk?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Dua hari lalu kecoh isu putus cinta antara pelakon Emma Maembong dan Kamal Adli yang turut mengaitkan nama pelakon Zahirah MacWilson dalam kemelut itu.

Ramai netizen menuding jari kepada Kamal dan Zahirah kononnya menjadi punca hubungan Kamal dan Emma terputus.

Bagaimanapun, sumber Klick.My menyatakan, Emma sebenarnya sedang rapat dengan seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk, iaitu duda beranak dua.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Salim Rahman dikatakan baru bercerai dengan isterinya dua minggu lalu selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.

Emma dikatakan mula rapat dengan lelaki itu sejak beberapa bulan lalu.

Sebagai menguatkan laggi dakwaan itu, Rabu lalu, portal Suria FM turut melaporkan satu dakwaan kononnya Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Embong, 25, sudah dilamar seorang VIP bergelar Datuk.

Setelah diteliti di laman Instagram Emma sendiri, memang Emma ada memuat naik gambar Datuk berkenaan pada 4 Oktober lalu ketika berada di Sabah mempromosikan Mood Republik.

Sementara itu mStar Online pula melaporkan, Salim ketika dihubungi mengakui berkawan baik dengan Emma namum enggan memberi komen lebih.

“Ya… saya kenal Emma tapi hubungan kami sekadar kawan baik sahaja,” ujarnya ringkas sebelum memohon menamatkan perbualan. –KLICK.MY

Share.

About Author

Leave A Reply