Saturday, August 24

Fathia Tuntut Bayaran, Gesa TV3 Keluarkan Namanya Daripada Senarai Hitam

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

ADA sahaja kontroversi yang dicetuskan oleh pelakon Fathia Latiff. Seolah-olah tanpa kontroversi siapalah Fathia Latiff.

Lantang bersuara sudah menjadi ‘trademark’ buat pelakon ini. Terbaharu, menerusi laman Instagramnya, Fathia memuat naik status menuntut TV3 menyegerakan bayaran khidmatnya dalam sebuah acara di stesen televisyen berkenaan.

Pelakon drama Ariana Rose itu mendakwa dia mempunyai kontrak bagi membuktikan tuntutan yang dibuat itu adalah wajar.

“TV3, Media Prima tolong pulangkan duit saya untuk projek kormersial yang pernah saya buat beberapa tahun lalu. Jangan putar belit cerita.

“Kontrak ada semua jawapan dan baca betul-betul sebelum mendengar daripada pekerja-pekerja anda,” tulisnya.

Selain itu, Fathia turut meminta agar namanya tidak lagi disenaraihitamkan daripada membintangi drama atau telefilem terbitan stesen tersebut.

Malah dek kerana terlalu geram dan marah, Fathia mendakwa pekerja-pekerja di stesen televisyen itu bersikap tidak adil apabila memilih pelakon-pelakon baharu membintangi drama serta melabelkan mereka sebagai dajal.

“Sebab tu rating turun sebab pekerja TV3 macam ‘dajal’. Cerita-cerita sedap suka hati korang tolak. Lepas tu pelakon baru korang sukalah sebab senang nak buli.

“Korang sedar tak korang kuli batak. Produser hebat penat pitching tapi korang ambil cerita lemau kampung yang tak stimulate dengan otak,” tulisnya.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Fathia juga mendakwa dia hanya digunakan untuk menaikan rating rancangan hiburan stesen itu apabila ditemu bual dalam rancangan hiburan Melodi. –LUBUKCERITA

 

Share.

About Author

Leave A Reply