Thursday, October 24

Gadis Berkulit Gelap Menjadi Buruan Agensi Model

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

‘Hitam hitam si tampuk manggis, kulitnya hitam isinya putih , sungguhpun hitam dipandang manis’. Begitulah peribahasa Melayu dalam membicarakan tentang warna hitam atau gelap.

Bagi seorang gadis berusia 19 tahun, Anok Yai kehidupannya bakal berubah setelah gambarnya tular di media sosial.

Walaupun berkulit gelap, namun kulitnya itu cantik dan mempesonakan. Justeru, tidak hairanlah kini dia mula diburu oleh agensi model.

Menurut pelajar Universiti Plymouth State di New Hampshire ini, dia tidak menyangka gambarnya ketika menghadiri majlis di Universiti Howard di Washington tersebar di media sosial.

Ribuan komen yang diterima menganggapnya berpotensi menjadi model. Dibesarkan di Manchester, New Hampshire, gambar gadis ini telah dirakam jurugambar pada majlis berkenaan dan dimuat naik pada akaun Instagram theSUNK.

“Telefon saya tidak henti berbunyi, pada mulanya saya sangkakan ada pihak yang cuba mempermainkan saya,” katanya mengenai gambarnya yang tular itu.

Malahan, aplikasi media sosialnya juga mendapat ‘tagging’ dari pelbagai agensi model.

Pelajar biokimia itu berhijrah ke Amerika Syarikat daripada Mesir pada 2000 dan dia sememangnya berminat dengan fesyen dan seni.

“Dunia peragaan adalah impian saya tetapi saya tidak pasti ia boleh menjadi kenyataan atau tidak,” katanya. –LUBUKCERITA

 

Share.

About Author

Leave A Reply