Monday, December 9

Giliran Syazwan Zulkifly Sindir Persatuan Seniman Malaysia

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Beberapa hari yang lepas, perang ‘mulut’ berlaku antara pelakon Tiz Zaqyah dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkenaan fungsi persatuan tersebut.

Tiz memberi pandangan dan bertanya apakah fungsi Seniman secara terbuka di laman Instagram sehingga mendapat perhatian Zed Zaidi.

Ibarat setuju dengan pandangan Tiz, seorang lagi pelakon Syazwan Zulkifly turut melakukan perkara yang sama.

Menerusi Instagram, Syazwan memuat naik gambar kad keahlian Seniman yang hampir tamat tempoh. Menurutnya, sehingga kini persatuan yang diterajui oleh Zed Zaidi itu tidak membantu menyelesaikan masalahnya digam sebuah stesen televisyen sejak dua tahun lalu.

Katanya lagi, Seniman hanya memandang kes yang lebih popular berbanding masalah dihadapinya. Selain itu, pelakon Juvana ini meluahkan rasa kesal apabila dia sebagai artis Malaysia digam oleh stesen televisyen tersebut gara-gara artis luar.

Dua kali dia memperbaharui kad keahlian tersebut dengan harapan pihak Seniman akan mengambil berat mengenai masalah dihadapinya. Namun, apa yang diharapnya masih belum menjadi kenyataan.

Terdahulu Syazwan kesal apabila namanya ditolak daripada terlibat dalam drama terbitan stesen televisyen gara-gara kontroversi bersama bekas kekasih yang juga pengacara Shenty Feliziana. –KLICK.MY

 

Share.

About Author

Leave A Reply