Wednesday, December 11

Hannah Delisha Artis Paling Popular Singapura, Warisi Bakat Ibu

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Kelmarin telah berlangsungnya Anugerah Planet Muzik 2017  (APM2017) yang menggabungkan artis Malaysia, Singapura dan Indonesia di MES Theatre, Mediacorp, Singapura.

Dalam anugerah tersebut, pelakon yang kini sedang meningkat naik Hannah Delisha diumumkan sebagai Artis Paling Popular Singapura.

Mungkin masih ada yang belum mengetahui selain berlakon, Hannah lebih dulu dikenali sebagai penyanyi. Dia pernah merakamkan lagu seperti Retak (2014) dan Anugerah (2016).

Hannah mula bersinar di Malaysia menerusi drama Mencintaimu Mr Photographer bergandingan dengan hero kacak, Syafiq Karl.

Bakat nyanyian yang dimiliki oleh Hannah rupa-rupanya diwarisi daripada ibunya, penyanyi era 80-an, Noor Ashikin.

Ibunya pernah bernaung di bawah syarikat rakaman Scorpio pada penghujung tahun 80-an dan dikenali dengan lagu seperti Tiada Lagi Ucapan Sayang, Kerana Mulut dan Sinar Di Matamu.

Menurut Hannah, ramai peminatnya di Malaysia yang masih belum mengetahui yang dia seorang penyanyi.

“Ramai yang kenal saya sebagai pelakon terutamanya selepas membintangi drama Mencintaimu Mr Photographer. Sebenarnya saya juga seorang penyanyi dan pernah mempunyai lagu sendiri,” ujar Hannah yang ditemui ketika majlis pelancaran edisi terbaharu telefon bimbit Huawei Nova 2i baru-baru ini.

Hannah yang merupakan duta kepada jenama telefon bimbit tersebut, ditemani oleh ibunya. Malah pada majlis tersebut, Hannah sempat mendendangkan sebuah lagu berjudul Nova Superstar. –KLICK.MY

Foto: Zahiryn

Share.

About Author

Leave A Reply