Sunday, November 17

Instafamous Minta Maaf Tak Sengaja Rakam Live Video Aksi Bilik Tidur

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Generasi hari ini sedang di ambang kegemilangan media sosial, segalanya nak dirakam secara langsung (live video) tahukah anda tak semua aktiviti yang dirakam secara live itu sesuai dikongsikan kepada pengikut anda.

Seperti yang terjadi kepada seorang instafamous dari Los Angeles, Kristen Hancher yang memiliki 3.9 juta pengikut di laman Instagram, dia secara tanpa sengaja tertekan butang live ketika melakukan hubungan seks dengan pasangannya.

Mujurlah ketika itu kamera tidak dihadapkan kepada dirinya dan lelaki itu namun suara mereka berjaya dirakamkan dan ia telah ditonton oleh 14,000 orang.

Bintang Musical.ly itu berdepan berdepan satu situasi memalukan apabila peminatnya meninggalkan pelbagai komen dan reaksi.

Kristin dan Andrew sempat ‘bersama’ selama tiga minit sebelum mereka menyedari apa yang sedang dilakukan mereka disiarkan kepada penonton yang ramai.

Kristin menegaskan bahawa dia tidak tahu dirinya sedang dirakamkan dan memberitahu pengikutnya:

“Siapa pun yang melihat cerita ‘live’ saya, saya hanya ingin memohon maaf, ia sama sekali tidak disengajakan. Padamkannya dari fikiran anda. Ia sangat memalukan dan sangat tidak selesa.

“Yang pasti, perkara sudah berlaku dan ia satu kemalangan. Anda perlu meneruskan hidup dan berpura-pura seperti ia tidak pernah berlaku. Itulah yang saya akan lakukan.”

Dia menambah: “Saya memohon maaf kepada semua halaman peminat saya. Saya tahu anda semua kecewa kerana saya tidak pernah memberikan penjelasan penuh kepada anda. Mengenai apa yang berlaku dalam cerita ‘live’ saya.

“Saya secara tidak sengaja bersiaran langsung dan hanya sedar tiga minit kemudian, 14,000 orang menonton, saya minta maaf.”

Malah Kristin juga meninggalkan komen di beberapa laman peminat, dengan menulis: “Harap semua orang faham ia betul-betul tak disengajakan.”

Bintang online itu kemudian memuat naik gambar dan menulis: “Masalah berlaku, anda perlu teruskan hidup dan terus senyum. Sayang kamu semua.”

Kristin dan Andrew kini telah menjalinkan hubungan cinta selama satu setengah tahun. –KLICK.MY

Sumber: Metro UK

Share.

About Author

Leave A Reply