Sunday, December 8

Gambar Isteri Jadi Wallpaper Bukti Tun M Masih Romantik

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Cinta mekar sepanjang hayat. Itulah yang boleh diperkatakan mengenai hubungan antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah.

Walaupun umur Tun M sudah mencecah 92 tahun, namun itu tidak menghalang beliau bersikap romantik terhadap isterinya.

Baru-baru ini cucunya, Ally Mukhriz mendedahkan rahsia kebahagiaan mereka apabila memuat naik gambar yang boleh dikatakan begitu ‘sweet’ berkenaan datuknya itu.

Gambar yang dimuat naik di Instagram itu memaparkan Tun M sedang menatap wajah lucu isterinya selepas menjadikan gambar Tun Dr Siti Hasmah sebagi wallpaper telefon pintar miliknya.

How cute/funny is this? #relationshipgoals

A post shared by Meera Alyanna Mukhriz ? (@ally.mukhriz) on

Menyedari momen tersebut, lantas Ally mengambil gambar situasi tersebut kerana merasakan ia sesuatu yang sungguh romantik.

Pasangan bahagia ini sering mendapat perhatian netizen berikutan sikap romantik mereka yang boleh dijadikan contoh generasi muda dalam mempertahankan cinta dan hubungan suami isteri.

Semalam, cuti umum yang diberikan kerajaan sempena kemenangan para atlet kita di Sukan Sea digunakan oleh Tun M dan Tun Dr, Siti Hasmah untuk menaiki pengangkutan awam terbaru negara, MRT.

Gambar mereka menaiki pengangkutan awam itu dimuat naik di laman Twitter milik Tun M dan mendapat perhatian netizen. Rata-rata netizen tumpang gembira dan teruja melihat pasangan ini.

Justeru, usia bukanlah penghalang untuk suami isteri bersikap romantik. Jangan waktu bercinta sahaja kita pandai bersikap romantik. Apabila sudah berkahwin, segalanya hilang. –KLICK.MY

Share.

About Author

Leave A Reply