Friday, November 15

“Jagalah Amalan Di Belakang Tabirmu”-Pesan Da’i Wan Kepada Emma Maembong

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

SEMALAM dunia hiburan gempar apabila tersebarnya dua keping gambar pelakon cantik Emma Maembong tidak mengenakan hijab bersama Syed Abdullah yang merupakan abang kepada Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq.

Berikutan itu, Emma menerusi Instagramnya membuat permohonan maaf dan mengaku salah satu gambar tersebut adalah dirinya.

Namun, dia menafikan gambar berduan dalam bilik adalah dirinya. Kemudian tidak beberapa lama, Syed Abdullah pula mengikuti jejak langkah Emma dengan memohon maaf.

Dia berharap, masyarakat tidak mengaitkan kes tersebut dengan keluarga, rakan atau sesiapa sahaja kerana menganggapnya ia adalah kesalahan diri sendiri.

Sementara itu, netizen terus bertubi-tubi mengecam mereka apatah lagi selepas tersebar pula dua keping lagi gambar membabitkan mereka berdua.

Kes mereka itu mendapat perhatian seorang pendakwah bebas, Wan Dazrin atau lebih dikenali sebagai Da’i Wan.

Prihatin dengan kes tersebut, Da’i Wan menerusi Instagramnya menyampaikan kata-kata hikmah dan sokongan kepada Emma.

Menurutnya, apa yang berlaku ke atas pelakon itu sebagai tanda Allah SWT sayangkan Emma.

“Kepada Emma Maembong, terbongkarnya aib, orang selalu anggap ia keburukan.

“Maaf, saya hadir untuk perbetulkan. Ia sebenarnya tanda kebaikan yang Allah nak bagi kepada kita.

“Orang yang hari ini sedar dan tahu tentang aib dia lantas ubah dan baikinya. Usaha ini yang buat dia bernilai di sisi Allah.

“Ingatlah, dalam semua pandangan mata manusia, ada satu sahaja pandangan yang kalau Emma dapat jagakan, maka akan terjagalah keseluruhan aibmu.

“Jagalah amalan di belakang tabirmu, dari situ ukuran kata ulama, Allah akan pelihara di depan tabirmu pula.

“Fahami kata-kataku ini. InshaaAllah, ia akan menjadi mutiara yang mahal harganya khas buat milik dirimu pada masa depan. Yang benar, Da’i Wan,” tulisnya.

Semoga apa yang berlaku menjadi pedoman dan pengajaran buat semua. Kita doakan sahaja yang baik-baik untuk mereka kerana itu lebih mulia.—LUBUKCERITA

Share.

About Author

Leave A Reply