Thursday, April 25

Janna Nick Masuk Wad Gara-Gara Jangkitan Kuman Dalam Paru-Paru

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Pelakon terhangat di pasaran, Janna Nick telah dimasukkan ke sebuah hospital akibat mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru.

Berita tersebut turut dikongsi oleh Janna di Instagramnya. Walaupun tidak menjelaskan apa yang berlaku, namun pelakon Coffee Prince seperti dilaporkan oleh sebuah portal hiburan terkena jangkitan kuman.

Malah, penerbit dan pelakon Sheila Rusly turut berkongsi sekeping gambar Janna yang sedang terlantar di atas katil hospital dalam keadaan lemah.

“Semoga cepat sembuh dan saya doakan agar Janna dapat pulih sepenuhnya,” tulisnya.

Rata-rata peminat mengakui terkejut dengan gambar yang dikongsikan itu dan mendoakan agar Janna cepat sembuh dengan segera. –KLICK.MY

Sumber: Astro Gempak

Share.

About Author

Leave A Reply