Monday, December 9

Joy Revfa Ingkar Suruhan, Jatuhkan Reputasi Suami, Hafiz Hamidun Pilih Cerai

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Selepas pelbagai kontroversi melibatkan rumah tangga antara usahawan kosmetik Joy Revfa dan penyanyi Hafiz Hamidun, akhirnya perkahwinan singkat mereka bakal ditamatkan tidak lama lagi.

Hari ini Hafiz,33, bertindak selangkah lagi dengan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari untuk memfailkan permohonan cerai secara baik mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 1984.

Hafiz selaku plaintif hadir bersama peguamnya, Datuk Mohd Azmi Rais menamakan Siti Arifah Mohd Amin, 30, sebagai defendan.

Saman (permohonan cerai) itu akan diserahkan kepada Joy pada sidang akhbar yang dijadual akan dibuat oleh Joy di Shah Alam petang ini.

Ketika ditemui media, Hafiz menyatakan, beliau mengambil keputusan untuk memfailkan penceraian itu dua hari lepas.

Antara lain, beliau memberikan alasan sudah tidak wujud lagi persefahaman untuk meneruskan kehidupan berumahtangga, selian mendakwa Joy melawan dan mengingkari suruhannya sebagai suami, serta menjatuhkan imej dan reputasinya.

“Joy juga menyusahkan saya selepas bernikah kerana gagal memberi sijil cerai dengan bekas suami yang menyebabkan status penceraian mereka hanya diselesaikan 10 Oktober lalu,” katanya.

Selain itu, Hafiz berkata beliau enggan melayan kenyataan-kenyataan yang dibuat Joy berkaitan dirinya di media sosial namun tidak teragak-agak untuk mengambilkan tindakan saman sekiranya Joy masih mengeluarkan kenyataan negatif berkaitan dirinya.

Sementara itu mahkamah menetapkan 25 Oktober ini untuk prosiding permohonan cerai itu.

Hafiz dan Joy diijab kabul pada 1 Mei 2017.

Pada masa artikel ini ditulis, Joy Revfa sedang mengadakan sidang media berhubung isu rumah tangganya bersama barisan peguamnya. –KLICK.MY

Share.

About Author

Leave A Reply