Thursday, October 24

Jururawat Lelaki Lakukan Hubungan Seks Dengan Mayat Wanita Ditangkap

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Pelik dan menjijikkan sekali sikap seorang jururawat lelaki yang sanggup melakukan hubungan seks dengan mayat seorang wanita yang baru meninggal dunia sejam.

Perbuatan terkutuk itu dilihat sendiri oleh suami wanita yang meniggal dunia itu, El Deber yang meninggalkan sekejap mayat isterinya bagi menguruskan urusan bayaran dan dokumen di kaunter hospital pada 16 Oktober lalu.

Sekembalinya dia ke tempat dia meninggalkan mayat tersebut, dia lihat jururawat Grover Macuchapi , 27, berdiri pada mayat dengan keadaan seluarnya diturunkan sehingga ke buku lali.

Menurut ketua polis Bolivia, Douglas Uzquiano, ketika kejadian, mayat wanita yang meninggal akibat komplikasi paru-paru itu itu baru sahaja dipindahkan ke bilik mayat.

Menurut sumber, suami kepada wanita itu memukul tertuduh sehingga pasukan keselamatan tiba.

Berdasarkan sumber, Grover Macuchapi ditahan di Hospital de Clinicas di La Paz, selepas suami kepada wanita terbabit mengetahuinya.

Dia didakwa melakukan kesalahan necrophilia (melakukan hubungan seks dengan mayat). –KLICK.MY

Share.

About Author

Leave A Reply