Thursday, August 22

Kaka Azraff Lancar Single Kembali, Belajar Muay Thai Untuk Muzik Video

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Selepas lagunya Terima Kasih menjadi siulan peminat, kini penyanyi Kaka Azraff kembali dengan single terbaru berjudul Kembali.

Menurut Kaka lagu Kembali merupakan sebuah lagu yang cukup sinonim dengan jiwanya atau lebih tepat boleh diterjemahkan sebagai berkait rapat ruang lingkup kehidupan personal dan kariernya.

Lagu ini berkisar erti kebebasan di mana seseorang yang mempunyai perasaan kurang keyakinan diri memperoleh keberhasilan keluar dari kepompong kesulitan hidup setelah mendapat petunjuk.

“Kelainan lagu ini jika dibandingkan dengan lagu terdahulu kerana liriknya matang selain saya menekankan aspek vokal secara total.

“Namun kalau didengari semula, Kembali kedengaran lebih bersahaja daripada aspek melodinya.

Menurut penyanyi lagu Bukan Hal Aku ini lagi, Kembali menjalani pembikinan dan proses di belakang tabir selama dua bulan sebelum menjadi karya lengkap.

“Harapan saya agar single ini bakal meraih tumpuan peminat sekaligUs memberi sokongan terhadap sumbangan kecil hasil seni saya bersama komposer The Good Fellas dan Alif Abdullah selaku produser,” kata Kaka ketika ditemui di majlis pelancaran single di Gasket Alley Petaling Jaya.

Lagu dan video muzik Kembali boleh ditonton di Youtube rasmi Warner Music.

Menariknya Kembali, Kaka turut berlakon di dalam video muzik bersama pelakon tersohor Bront Palarae yang menyaksikan banyak adegan aksi seni mempertahankan diri Muay Thai diketengahkan.

Menceritakan pengalamannya menjalani penggambaran video muzik itu, Kaka berkata, dia betul-betul memberikan fokus yang tinggi dalam menjayakan wataknya sehingga tidak sedar seluruh tubuhnya lebam dan sakit keesokan harinya.

Kaka yang pertama kali belajar Muay Thai berkata dia sekarang sangat gemarkan sukan tersebut dan berhasrat menjadikan gaya hidupnya. –KLICK.MY

Share.

About Author

Leave A Reply