Thursday, October 24

Kalimah ‘ALLAH’ Ditemui Pada Persalinan Tamadun Viking?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Penyelidik di Sweden menjumpai perkataan arab disulam pada beberapa persalinan pengebumian yang diambil dari kubur berupa bot dari tamadun Viking.

Penemuan tersebut menimbulkan beberapa persoalan baharu, terutamanya mengenai pengaruh dan peranan agama Islam di Scandinavia.

Menurut BBC, hasil laporan wartawan Tharik Hussain cuba menyingkap rahsia persalinan tersebut yang tersimpan lebih 100 tahun, malah ia bukannya persalinan pengebumian biasa.

Kubur-kubur berkenaan yang kesemuanya dari abad ke-9 dan ke-10, mempunyai bukti mendalam mengenai kaitan antara tamadun Viking dan dunia Islam.

Perkataan ‘ALLAH’ adalah antara perkataan yang disulam dengan benang perak dan sutera pada persalinan-persalinan berkenaan.

Penemuan tersebut dipelopori ahli arkeologi, Annika Larsson dari Universiti Uppsala ketika memeriksa persalinan pengebumian untuk bot lelaki dan wanita, termasuk makam yang mula-mula dikorek di Birka dan Gamla Upsala lewat abad ke-19 dan ke-20.

Annika tertarik dengan persalinan berkenaan selepas mendapati bahan digunakan, sah berasal dari Asia Tengah, Persia dan China.

“Saya tak pasti ketika mula-mula ternampak corak tersebut, kemudian teringat melihat corak berkenaan di Sepanyol, pada kain Moorish,” kata Annika.

Annika kemudian sedar bahawa dia bukan melihat pada corak yang mempunyai pengaruh Viking, tetapi ia mempunyai unsur skrip Arabik Kufic kuno.

Disamping itu, terdapat dua perkataan yang asyik berulang. Salah satunya adalah ‘Ali’ selepas mendapat pertolongan rakan arkeologi dari Iran.

Perkataan kedua pula lebih rumit untuk ditaksirkan, tetapi selepas diperiksa dari semua sisi, barulah Annika sedar.

“Saya ternampak perkataan ‘ALLAH’ tertulis dengan cara pantulan cermin (terbalik),” kata Annika.

Annika kemudian menemui nama-nama tersebut berulang sekurang-kurangnya 10 kali pada 100 serpihan artifak yang diperiksa.

Penemuan tersebut menyebabkan soalan baharu timbul; siapakah gerangan individu yang dikebumikan?

“Kemungkinan yang tertanam dalam kubur tersebut adalah seorang Muslim tidak boleh ditolak,” kata Annika.

“Kita tahu dari makam Viking yang lain, analisis DNA menunjukkan beberapa individu yang dikebumikan datang dari Persia, lokasi di mana agama Islam adalah dominan.

“Namun begitu, (tidak mustahil) penemuan ini membuktikan tradisi pengebumian semasa era Viking dipengaruhi oleh idea Islam seperti kehidupan kekal di syurga selepas mati,” jelas Annika. –KLICK.MY

Share.

About Author

Leave A Reply