Saturday, August 24

“Kami Belum Ada Sebarang Perancangan Ke Arah Perkahwinan”-Mira Filzah

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

BERTEBARAN gosip mendakwa pelakon jelita, Mira Filzah dan pelawak, Zizan Razak sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan mereka berdua dalam masa terdekat ini.

Namun, berita itu disangkal oleh Mira seperti yang dilaporkan Berita Harian Online.

Dalam artikel tersebut, Mira menyifatkan gosip berkenaan sebagai tidak berasas walaupun mengakui sedang berkawan rapat dengan Zizan.

Tegasnya lagi, buat masa ini mereka belum mempunyai sebarang perancangan untuk mengakhiri zaman solo kerana mahu terlebih dulu menumpukan perhatian kepada kerjaya.

“Kami mahu tenang-tenang dulu. Ada juga orang bertanya mengenai perkara itu, tetapi kami belum ada sebarang perancangan ke arah perkahwinan,” kata duta kempen Salam Taiwan ini.

Sementara itu, Mira menganggap Zizan sebagai lelaki mudah didekati. Dalam bab mencari pasangan, Mira akui dia tidak cerewet meletakkan kriteria dan syarat tertentu.

Baginya, memadai jika dipertemukan dengan lelaki yang ikhlas dan telus kerana perkahwinan menuntut kematangan serta toleransi antara kedua-dua pihak.

“Saya selesa berkawan dengan Zizan kerana dia mempunyai ciri-ciri itu.

“Biarpun gemar berjenaka, ada masanya dia sangat serius dan itu yang membuatkan saya senang mendekatinya,” jelasnya yang kini sibuk menjalani penggambaran drama, Lelaki Kiriman Tuhan di Alor Setar, Kedah.

Bak kata orang, kalau jodoh tidak ke mana. Kalau ada jodoh antara mereka, pastinya ramai yang tumpang gembira. –LUBUKCERITA

Share.

About Author

Leave A Reply