Friday, November 15

“Kami Ikhlas”-Nabila Huda Sediakan Makanan Percuma Untuk Warga Emas

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

SELAIN berlakon, Nabila Huda dan suami kini mula mengusahakan sebuah restoran, Waroeng Isabella di Rasta Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Walaupun pada permulaan perniagaan mereka didatangi ujian apabila ada sesetengah pelanggan merungut kerana terpaksa menunggu beberapa jam untuk mendapatkan makanan yang dipesan, namun ia tidak mematahkan semangat anak kepada penyanyi rock legenda Amy Search ini.

Sepanjang berniaga itu, Nabila mula menimba pengalaman terutamanya untuk berdepan dengan kerenah dan reaksi pelanggan.

Namun, paling menyentuh hatinya, apabila pelanggan warga emas sanggup beratur panjang untuk membeli makanan di restorannya.

Justeru bagi menghargainya, Nabila dan suami, Mohd Izwan Johar menyediakan makanan percuma kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas setiap hari yang sudah bermula kelmarin.

“Suami suka perhatikan siapa pelanggan yang datang. Apabila dia melihat ramai golongan itu datang, dia terus cakap dengan saya yang mana umur lebih 60 tahun kami akan beri makan percuma.

“Dalam masa sama, ada juga wanita hamil datang. Dia cakap kena bagi ‘fast lane’ pada mereka. Kasihan jika dibiarkan berdiri walaupun barisan tak panjang,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Dalam masa sama, Nabila menegaskan pemberian makanan percuma itu bukan bertujuan pemasaran sebaliknya ikhlas.

“Saya tak nak orang salah anggap dengan perkara ini. Dengan nama Allah, kami ikhlas. Bagi saya, mereka yang berusia 60 tahun ke atas tidak sepatutnya keluarkan duit untuk makan atau bekerja sebab anak yang patut menyara mereka.

“Paling tersentuh, apabila ada yang mendoakan kesihatan dan kejayaan buat kami sebab belanja mereka makan,” katanya.

Semoga perniagaan yang diusahakannya ini terus mendapat sambutan dan bertahan. –LUBUKCERITA

Sumber: Harian Metro Online

Share.

About Author

Leave A Reply