Wednesday, December 11

Kasih Ibu, Wanita 98 Tahun Sanggup Jaga Anak 80 Tahun Di Pusat Jagaan

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Benarlah kata orang kasih ibu yang sejati itu sehingga ke hujung nyawanya, tidak bersyarat dan jauh sekali mengharapkan sebarang balasan.

Seorang warga emas berusia 98 tahun sanggup berpindah ke sebuah pusat penjagaan untuk menjaga anak lelakinya yang berusia 80 tahun.

Daily Mail melaporkan wanita itu Ada Keating sanggup menjadi penghuni Moss View di Huyton selepas setahun anak lelakinya Tom Keating berpindah ke pusat itu.

Tujuan dia ke sana untuk memberikan sokongan dan bantuan tambahan dalma penjagaan anaknya yang tidak pernah berkahwin itu.

Sebelum Tom menetap di pusat penjagaan itu dia tinggal bersama ibunya dan mereka memang rapat dan gemar menghabiskan masa bersama bermain permainan dan menonton program televisyen kegemaran.

“Setiap malam saya ucap selamat malam kepada Tom di biliknya dan di sebelah pagi saya akan pergi ke biliknya untuk ucap selamat pagi,” kata Ada.

Sementara itu, Tom meluahkan rasa gembira dengan kehadiran ibunya di rumah itu. Malah mereka juga diberikan layanan yang baik.

“Adakalanya mak menegur saya, ‘jaga adab awak’,” katanya.

Ada dan mendiang suaminya, Harry, dikurniakan empat orang anak iaitu Tom, Barbara, Margi dan Janet yang telah meninggal dunia ketika berusia 13 tahun.

Sebelum bersara, Tom bekerja sebagai tukang cat dan penghias di sebuah syarikat tempatan. Manakala Ada adalah bekas jururawat.

Menurut pengurus rumah berkenaan, Philip Daniels berkata, “Sungguh terharu melihat keakraban di antara Tom dan Ada dan kami sangat gembira dengan kehadiran mereka di sini serta mampu menampung keperluan mereka.

“Amat jarang sekali melihat seorang ibu dan anak mereka bersama-sama di sebuah pusat penjagaan dan sudah tentu kami mahu mereka meluangkan masa istimewa ini bersama-sama. Mereka memang tidak boleh dipisahkan,” katanya. –KLICK.MY

Share.

About Author

Leave A Reply