Thursday, April 25

Kehilangan Terjawab! Anita Sarawak Dikatakan Derita Kanser

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

AKSI lincahnya menari di atas pentas sememangnya menjadi ‘trademark’ buat penyanyi berasal dari Singapura, Anita Sarawak walaupun sudah berumur.

Namun, kehilangan sejak tujuh tahun lalu menjadi tanda tanya orang ramai. Penghibur terkenal ini dikatakan merajuk dengan industri sehingga membawa diri ke luar negara.

Pelbagai spekulasi timbul dengan tindakannya itu dan ada juga yang mendakwa Anita telah pun bercerai dengan suaminya, Mahathir Abdullah.

Ada juga yang mengatakan Anita masih tinggal di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat, dan ada juga sumber mendakwa penyanyi lagu Seksis serta Tragedi Buah Epal itu membina kediaman baharu dan menetap di Perancis, sejak beberapa tahun lalu.

Tahun lalu, heboh pula kisah mengatakan Anita kembali menetap di Singapura, selepas seorang peminat terserempak dengannya di sebuah restoran makanan segera yang agak terpencil di Ang Mo Kio.

Peminat itu mendakwa, dia yakin wanita yang ditemui bersama seorang lelaki Mat Salih berambut hitam diyakini adalah suaminya, Mahathir.

Namun, Anita kelihatan sakit dan sedang memakan ubat.

Terbaharu, Anita dikatakan sedang menerima rawatan bagi penyakit kanser yang dihidapinya di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Khabarnya, ada artis lama yang rapat dengannya sudah menziarahinya, tetapi tidak diizinkan membuka mulut atas permintaan penghibur itu sendiri.

Malah lebih mengejutkan, wajah penyanyi ini juga sudah jauh berbeza sehingga peminat sukar untuk mengenalinya.

Terlalu banyak cerita yang tidak pasti diperkatakan, sampaikan tidak tahu mana yang betul dan mana pula yang salah.

Apapun, jika benar Anita ditimpa ujian berdepan penyakit kanser, doakan yang terbaik buat superstar kesayangan ramai ini. –LUBUKCERITA

Sumber: BH Online

Share.

About Author

Leave A Reply