Thursday, October 24

Kerap Berkasut Tumit Tinggi, Zara Zya Sakit Tulang Belakang & Kaki

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Akibat memakai kasut tumit tinggi setiap hari dan dalam jangka masa terlalu lama, pelakon Zara Zya diserang sakit kaki dan tulang belakang sehingga tidak mampu berjalan.

Aktres itu berkongsi pengalaman itu di laman Instagramnya sejam lalu dengan gambar berada di atas katil rawatan mungkin di sebuah klinik atau hospital.

Menurut Zara selepas terjaga dari tidur pada waktu pagi, kaki dan tulang belakang terasa sangat sakit dan dia gagal berjalan.

Dia yang sepatutnya pergi ke lokasi penggambaran terpaksa menangguhkan niat asalnya itu.

Dia juga menasihati wanita di luar sana agar mengurangkan pemakaian kasut tumit tinggi bagi mengelak mengalami keadaan sama sepertinya.

Zara bagaimanapun menyatakan dia kini telah dirawat dan kembali sihat seperti sediakala. –KLICK.MY

Sumber: Instagram Zara Zya

Share.

About Author

Leave A Reply