Wednesday, December 11

Lelaki Jordan Jadikan Volkswagen Beetle Hotel Terkecil Di Dunia

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Lazimnya kereta rosak atau lama akan berakhir sebagai besi buruk sahaja, namun idea kreatif seorang lelaki dari Jordan telah menjadikan kereta lamanya sebagai hotel terkecil di dunia.

Terletak di tengah padang pasir, Mohammed Al Malaheem, 64, telah menghias kereta Volkswagen Beetle lama miliknya dengan cantik menjadi hotel yang didakwanya setaraf lima bintang.

Dia menyatakan pelancong yang menginap di hotel miliknya itu akan diberikan pengalaman hotel bertaraf lima bintang kerana keindahan pemandangan di kampungnya itu.

 

“Kampung ini adalah tanah air saya. Saya dilahirkan, membesar dan tinggal di sini.

“Saya mahu memulakan satu projek untuk menambah baik kawasan ini dan meletakkannya dalam peta pelancongan.

“Ini kerana mereka terlepas pandang dengan keindahan alam di kawasan ini,” kata Mohammed yang lebih dikenali sebagai Abu Ali.

Kawasan perkampungan Al Jaya terletak berdekatan Al Shoubak iaitu lokasi yang menempatkan istana kurun ke-12 yang dikenali sebagai Montreal.

Hotel yang mula dibuka pada 2011 itu sering menjadi tumpuan pelancong yang berkunjung ke kawasan itu.

Anak perempuannya yang bertanggungjawab menghias hotel tersebut yang menyediakan selimut disulam tangan, bantal bercorak tradisional dan manik berwarna-warni.

Di sisi kereta lama itu, terpacak satu papan tanda bertulis ‘hotel terkecil di dunia’

Berdasarkan rekod Guinness World Records, hotel terkecil didunia berukuran 2.5 meter terletak di German.

Minat terhadap bidang perhotelan mendorong Abu Ali memulakan projek itu dengan pinjaman dari bank dengan membina lobi hotel di dalam gua berdekatan hotel kecilnya itu.

Di situ dia menghidangkan kopi, teh dan snek Jordan kepada para tetamu.

Terdapat juga gerai kecil menjual buah tangan tempatan, barang antik, barang kemas, hiasan, batu permata dan lain-lain lagi.

Meskipun tidak mampu menampung lebih dari dua pelancong pada satu-satu masa, Abu Ali sentiasa menerima kedatangan pelancong dari seluruh dunia termasuk golongan ternama dan VIP.

Harga untuk menetap di dalam hotel Volkswagen Beetle itu adalah RM238 satu malam.

Di lobi itu terdapat banyak kad perniagaan di tampal, gambar pelancong dan nota terima kasih yang ditinggalkan pelawat sebelum ini.

Sebuah buku pelawat yang tebal dan penuh dengan tandatangan diletakkan di atas bangku di suatu sudut, ia dipenuhi kata-kata positif daripada pelancong yang pernah menetap atau singgah di situ berserta janji yang mereka akan kembali lagi.

Sekiranya mereka kembali mungkin membawa lebih ramai pelancong lain dan Abu Ali mempunyai perancangan untuk menambah bilangan hotel kereta antiknya itu. –KLICK.MY

Sumber: CNN

Share.

About Author

Leave A Reply