Sunday, November 17

Luahan Pilu Isteri Aliff Syukri, Terpaksa Pulangkan Yom Pada Ibu Kandung

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

RENTETAN di sebalik video tular yang menunjukkan seorang pembantu rumah Datuk Seri Aliff Syukri dituduh menunjal kepala anak angkatnya, Qayyum, akhirnya membawa kepada penyerahan kembali anak tersebut ke pangkuan ibu kandungnya.

Walaupun sudah banyak kali Aliff dan isteri, Datin Seri Shahida menjelaskan perkara sebenarnya yang berlaku, namun ia tidak dapat menjernihkan keadaan.

Ibu kandung Qayyum tetap menuntut anaknya itu dan hari ini Aliff dan keluarganya terpaksa berpisah dengan anak yang dijaga sejak lahir lagi.

Walaupun Qayyum atau lebih mesra dipanggil Yom Cuma anak angkat tetapi kasih sayang yang dicurahkan sama sahaja dengan anak-anak kandungnya yang lain.

Sudah tentu perpisahan ini lebih memberi kesan kepada isteri Aliff kerana sebagai ibu, dia lebih merasai keperitan perpisahan itu.

Luahan pilu Shahida di Instagramnya mencerminkan betapa remuk dan sedihnya dia sebagai ibu yang menjaga Yom sejak lahir.

“Bye2….Waktu saya post ni mungkin Yom sudah ada di pangkuan mak dia. Maaf sayang mama tak dapat hantar!!

“Mama doakan Yom jadi anak yang soleh dan membahagiakan ibu bapa Yom. Mama halalkan air susu mama untuk Yom. Mama minta maaf kekurangan Mama jaga Yom dan mungkin tak sebaik ibu Yom jaga!!!

“Ada rezeki kita jumpa ya sayang! Tak jumpa di dunia kita jumpa di syurga,” tulisnya.

Rata-rata pengikutnya di Instagram turut bersimpati dan sedih dengan apa yang berlaku.

Semoga Shahida dan Aliff tidak serik untuk menolong keluarga yang dalam kesusahan satu hari nanti. –LUBUKCERITA

Share.

About Author

Leave A Reply