Monday, September 23

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Najib Lancar Program ‘Malu Apa Bossku’

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

BEKAS Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarkan program baharunya, ‘Malu Apa Bossku’.

Tidak sampai beberapa jam, program tersebut menjadi tular di media sosial.

Selepas tidak lagi berada di tampuk nombor satu negara, Najib semakin mendapat perhatian dan sanjungan warga internet atau netizen sehingga ada yang menobatkan beliau sebagai ‘Raja Troll’.

Mengenai program ‘Malu Apa Bossku’, perkataan tersebut merupakan bahasa slanga yang kini digunakan dalam kalangan anak-anak muda terutama golongan bermotosikal.

Poster yang memaparkan gambar Najib sedang menunggang sebuah motosikal dengan tertera perkataan ‘Malu Apa Bossku’ tular di media sosial.

Sementara sebutan Malu Apa Bossku mula menjadi sebutan yang popular selepas video pendek yang tular di Facebook menampilkan seorang pemuda merakam video bersama Najib.

Pemuda tersebut kedengaran menyebut bossku dan disambut oleh Najib dengan menyebut, ‘Malu Apa Bossku’.

Foto grafik Najib menaiki motosikal Yamaha Y15ZR bersama perkataan Malu apa bossku juga telah tersebar dengan meluas di saluran media sosial.

Ada juga netizen yang memberi anugerah Raja Troll kerana hantaran beliau ke media sosial kini menjadi tular dan berpengaruh. –LUBUKCERITA

Sumber: Utusan Online

Share.

About Author

Leave A Reply