Monday, December 9

Marilyn Manson Gelar Justin Bieber Berfikiran Seperti Tupai

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Rupa-rupanya hubungan antara Justin Bieber dengan Marilyn Manson kurang baik selepas Bieber menggunakan gambar bintang lagenda rock gothic itu tanpa mendapat keizinannya.

Kisahnya apabila baju yang menggunakan gambar Marilyn yang direka oleh Jerry Lorenzo dicetak pada baju yang dipakai pada konsert jelajah Bieber.

Marilyn memberi perumpamaan pemikiran bintang muda itu seperti seekor tupai.

Saya tidak tahu kenapa dia berbuat demikian kerana saya tidak tahu cara fikir seekor tupai,” ujar penyanyi berusia 48 tahun itu.

Penyanyi lagu Sorry itu bagaimanapun sudah meminta maaf kepada Marilyn menerusi kiriman pesanan ringkas.

Baru-baru ini, Marilyn turut memberi respon mengatakan Justin Bieber terlibat seperti pemujaan seksual dengan Dave Navarro versi Asia.

Bukan itu saja, Marilyn berkata, beliau tidak mahu bertengkar dengan seorang ‘perempuan’ seperti Justin Bieber.

“Saya tidak suka bertengkar dengan perempuan, jadi saya tidak mau melawan Justin Bieber,” kata Marilyn seperti yang dilaporkan People.  –KLICK.MY

Share.

About Author

Leave A Reply