Thursday, August 22

Medan Selera Bersih, Selamat & Sihat Diiktiraf Kementerian Kesihatan

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Makanan merupakan keperluan asas dalam kehidupan seharian dan faktor kebersihan makanan serta tempat penyediaan makanan amatlah perlu dititikberatkan.

Tahukah anda pada tahun 2016, sebanyak 131,165 premis makanan telah diperiksa secara rutin oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan daripada jumlah itu 2,703 telah ditutup.

Selain itu bermula Januari hingga Jun tahun ini pula sebanyak 1,147 premis makanan daripada 83,050 ditutup kerana tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan.

Selain itu sebanyak 24,266 kompaun dikeluarkan kepada pengusaha premis yang gagal mematuhi keperluan kebersihan makanan sepertimana diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Sebagai usaha bagi meningkatkan kualiti kebersihan makanan dan premis makanan, KKM dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan sokongan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menganjurkan pertandingan Medan Selera Bersih, Selamat Dan Sihat Peringkat Kebangsaan 2017.

Skim Pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) yang diperkenalkan pada 2012 kepada pengendali premis makanan itu bersifat sukarela di mana pemilik outlet boleh memohonnya sendiri kepada KKM.

Sehingga Ogos 2017, sebanyak 2,080 premis makanan telah mendapat pengiktirafan BeSS di seluruh negara.

Sempena menghargai pengendali pengendali medan selera, Rbu lalu KKM menganjurkan majlis anugerah kepada pengusaha medan selera seluruh Malaysia yang mempertandingkan lima kategori.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Seri Dr. Hilmi Haji Yahaya hadir memberikan anugerah tersebut kepada pengendali premis makanan yang memenangi anugerah masing-masing.

Kategori A merupakan medan selera di bawah PBT/ agensi kerajaan yang mempunyai premis makanan 30 dan ke bawah, kategori B bagi medan selera di agensi sama yang mempunyai premis makanan 31 dan ke atas.

Kategori C merupakan medan selera swasta yang beroperasi di dalam kompleks beli belah/ hypermarket atau bangunan sendiri, manakana kategori D, medan selera yang beroperasi di terminal pengangkutan awam.

Kategori E pula antara medan selera yang beroperasi di kawasan rehat dan rawat (R&R).

Sebanyak 43 medan selera di seluruh negara telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Juara keseluruhan yang memenangi tempat pertama bagi kesemua kategori adalah Medan Selera Tesco, Kota Bharu, Kelantan, tempat kedua dimenangi oleh Medan Selera R&R Ayer Keroh Arah Selatan, Melaka.

Sementara itu, tempat ketiga jatuh kepada Medan Selera Terminal Bersepadu Selatan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Angerah ini bertujuan memastikan pengendali premis makanan dapat meningkatkan tahap kebsersihan segaligun menggalakkan persaingan sihat antara mereka.

Jadi sebagai pengguna, pilihla premis makanan yang terjamin kebersihannya sebelum anda makan kerana apa yang anda masukkan ke dalam perut memberi impak kepada kesihatan anda. –KLICK.MY

Share.

About Author

Leave A Reply