Thursday, April 25

Menderita Barah Hati, Megat Nordin Kembali Ke Rahmatullah

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai tahap kesihatan artis dikir barat terkenal Kelantan, Nordin Yusuf, 55, atau lebih dikenali sebagai Megat Nordin yang hanya mampu terlantar di rumahnya di Kampung Chepa Kedai Lalat, di sini akibat penyakit barah hati.

Allahyarham menghidap barah hati tahap empat kembali ke rahmatullah di kediaman orang tuanya di Kampung Kenali, di sini pagi tadi.

Allahyarham yang juga bekas peserta Kilauan Emas musim ke-4 sempat menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini, disahkan meninggal dunia pada pukul 11.50 pagi dipangkuan isterinya, Khoirunnisa Madiyoh, 48.

Menurut Khoirunnisa, arwah yang sebelum ini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini dibawa pulang ke rumah bapanya di Kampung Kenali petang semalam atas permintaannya sendiri.

“Malam tadi arwah mengadu sakit-sakit. Pagi ini selepas memandikan arwah, saya lihat dia kepenatan dan tidak lama kemudian arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir,” katanya.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kenali selepas solat Jumaat. –KLICK.MY

Sumber: Utusan Online

Share.

About Author

Leave A Reply