Thursday, April 25

Mengaku Tak Puasa, Faiz Roslan Dikecam Buka Aib Sendiri

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

TIDAK serik! Itulah kesimpulan yang boleh dibuat terhadap instafamous atau personaliti Instagram, Faiz Roslan.

Kalau anda masih ingat, Faiz sudah beberapa kali mencetuskan kontroversi.

Pada awal Ramadan lalu, dia mendapat kecaman hebat netizen kerana memuat naik video tarian sambil berpakaian seperti wanita ke akaun media sosialnya sehingga ditegur oleh pendakwah bebas, Da’i Wan.

Berkaitan: ‘Tak Makan Dek Saman’, Da’i Wan Dazrin Kecewa Sikap Instafamous

Namun, seakan-akan tidak serik dan mengambil iktibar dengan apa yang berlaku, sekali lagi Faiz mencetuskan kontroversi.

Terbaharu, Faiz dalam satu siaran langsung di Instagram secara terbuka mengakui dia tidak berpuasa kerana tidak menunaikan solat lima waktu.

Menurutnya, lebih baik dia tidak berpuasa kerana amalan puasanya tidak akan dikira kerana tidak bersolat.

Pengakuannya itu tekah mengundang kecaman netizen. Mereka menganggap Faiz telah mempermain-mainkan agama dengan pengakuan itu.

Perkara sedemikian tidak perlu dihebahkan kepada umum seolah-olah bangga dengan apa yang dilakukannya.

Bukan sahaja netizen, malah pengakuan Faiz itu menarik perhatian beberapa orang selebriti.

Da’i Wan yang sebelum ini sering menegur dan menasihati Faiz juga terpaksa berputus asa. Menerusi Instagramnya, Da’i Wan menyebut “Maaf. Sampai di sini sahaja. Moga Hidayah”.

Walaupun tidak menyebut nama, namun rata-rata netizen faham kepada siapa kenyataan itu ditujukan.

Berkaitan: Instafamous Tak Dengar Nasihat, Da’i Wan Dazrin Kecewa

 

Manakala pelakon dan penyanyi, Azza Elite turut bertindak menegur Faiz dan meminta orang ramai berhenti mengikuti perkembangan Faiz kerana ia hanya akan membuat perangainya menjadi-jadi.

Begitu juga dengan pelakon drama Nur, Noor Khiriah yang menganggap perbuatan Faiz itu sudah melampaui batas.

Menurutnya, bukan begitu cara untuk popular. Teguran yang diberi bukan kerana benci tetapi sayang.

Semoga Faiz sedar dan tidak mengulangi perbuatannya itu. Usia masih muda dan banyak lagi perkara yang lebih berfaedah boleh dilakukan.

Gunakan populariti yang ada untuk membuat kebaikan dan bukannya perkara bodoh yang memakan diri sendiri. –LUBUKCERITA

Share.

About Author

Leave A Reply