Thursday, October 24

Model Catwalk Meninggal Dunia Alami Keletihan Melampau

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Jangan pandang remeh sekiranya anda terlalu letih kerana ia boleh membawa maut. Sekiranya letih, berehatlah sebentar untuk memulihkan kembali tenaga.

Kisah seorang model berusia 14 tahun meninggal dunia selepas mengalami keletihan melampau semasa tiga bulan berada di China boleh dijadikan pengajaran.

Model bernama Vlada Dzyuba ini tiba-tiba terjatuh dan dilaporkan koma sebelum dia memulakan catwalk dalam satu pertunjukan fesyen di Shanghai.

Doktor mengesahkan Vlada menderita meningitis kronik selepas bekerja selama 12 jam tanpa henti dan malangnya dia meninggal dunia, dua hari kemudian.

Difahamkan model itu terlalu takut untuk mendapatkan bantuan perubatan kerana masih terikat dengan kontraknya, lapor The Siberian Times.

Dia sepatutnya mempunyai kontrak yang membolehkannya bekerja paling lama dalam tempoh tiga jam seminggu.

Oksana, ibu mangsa memberitahu Vlada ada menghubunginya dengan mengatakan dia keletihan dan tidak cukup tidur.

“Dia mula demam dan suhunya semakin naik. Saya tidak cukup tidur dan saya beritahu dia supaya pergi ke hospital,” katanya.

Oksana cuba mendapatkan visa untuk bersama dengan anak perempuannya tetapi gagal memperolehinya.

Malah Oksana tidak pasti sama ada anak perempuannya itu mempunyai insuran perubatan dalam kontrak modelingnya. –KLICK.MY

Share.

About Author

Leave A Reply