Thursday, April 25

Netizen Kecam Rita Rudaini Biarkan Anak Sambut Halloween

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Baru-baru ini pelakon jelita, Rita Rudaini memuat naik gambar anak-anaknya menyambut perayaan Halloween di Instagram.

Perayaan itu disambut oleh jiran-tetangga dan Rita tidak melepaskan peluang berkongsi pengalaman membuat persiapan untuk menyambutnya.

Seperti dijangka olehnya, ada beberapa netizen yang mengecam tindakannya membiarkan anak-anak menyambut perayaan tersebut. Namun, kebanyakan netizen yang mengecam itu menggunakan akaun palsu.

Mungkin berang dengan kecaman dan kutukan yang diterima, Rita dilihat membalas komen-komen daripada netizen.

Malah ada juga netizen yang kaitkan nama pelakon dan pengacara, Scha Al Yahya dan Awal Ashaari dalm kes ini.

Tak salah nak menegur tetapi jangan sampai menghina. Kalau tidak suka, janganlah follow Instagram artis tersebut. Kalau betul-betul ikhlas mahu menegur, kenapa guna akaun palsu. Tidakkah itu akan mendatangkan kecurigaan orang lain?

Bukan mahu memihak kepada sesiapa tetapi tegur-menegurlah secara berhemah. Semoga kes ini tidak berpanjangan dan dijadikan sebagai pengajaran. –KLICK.MY

Share.

About Author

Leave A Reply