Thursday, October 24

Netizen Menangis Tonton Video Lelaki Ini Buat Kejutan Birthday Ibunya

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Kalau dah namanya emak ,ibu, mama atau mommy tu, anak adalah keutamaan dan jika anak sakit golongan emak inilah yang paling sedih dan risau.

Tak hairanlah kenapa video oleh Faizal Faiz Farish yang membuat kejutan untuk ibunya sempena ulang tahun kelahiran yang ke-57 menjadi tular kerana ramai netizen yang menontonnya mengalirkan air mata terharu.

Faizal berpakat dengan adik beradiknya yang lain dengan berpura-pura sakit sampai muntah darah (palsu) membuatkan ibunya risau dan kelam kabut.

Ibu mana yang tidak risau melihat anaknya dalam keadaan yang tidak sihat. Ramai netizen yang tersentuh hati dan menitis air mata menonton video ini.

“Hari ini birthday mak saya. Saya lupa sebenarnya. Ingat 31 Oktober, bila ingat balik rupanya 30 Oktober. So saya kelam kabutlah pergi ambil kek.

“Semasa berada di kedai kek, saya call mak dan beritahu yang saya tidak sihat. Saya minta tolong mak bawa saya pergi ke hospital dan saya dalam perjalanan balik ke rumah.

“So my mom kelam kabutlah. Sampai rumah, saya suruh adik standby plan kami. So this is the video,” tulisnya.

Hargailah jasa dan pengorbanan ibu anda selagi dia masih hidup kerana ibu adalah insan yang paling risau dengan anaknya, semoga lebih ramai anak yang menghargai ibu bapa mereka seperti Faizal ini. –KLICK.MY

Share.

About Author

Leave A Reply