Monday, December 9

Paru-Paru Berair, Pelakon Azmil Mustapha (Ali Setan) Masuk Wad

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Bintang filem era 1980-an, Azmil Mustapha atau lebih popular dengan gelaran Ali Setan, dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)semalam selepas dilaporkan sukar bernafas akibat paru-paru berair.

Perkhabaran itu disampaikan oleh anak perempuannya Shamira yang menyatakan bapanya dimasukkan ke wad PPUM dan meminta semua pihak mendoakan kesihatan bapanya.

“Bapa mengalami masalah jantung sejak setahun lalu tetapi keadaannya baik.

“Namun, kali ini, mungkin sakit datang semula. Saya tak pasti. Saya harap keadaannya baik-baik dan minta semua mendoakan kesihatannya,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Awal tahun lalu, Azmil, 64, dilaporkan kritikal akibat masalah jantung dan dirawat di Unit Rawatan Kardiologi, Hospital Putrajaya.

Bagaimanapun, keadaan kesihatan pelakon yang membintangi 13 filem sepanjang dua dekad itu kembali stabil.

Semoga Azmil mendapat kesembuhan sepenuhnya dalam masa terdekat. –KLICK.MY

Sumber: Berita Harian

Share.

About Author

Leave A Reply