Wednesday, December 11

Pelakon Red Velvet, Amira Othman ‘Gali Ilmu’ Bersama Que Haidar

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Walaupun anda seorang pelakon, tidak bermakna anda tidak boleh mengambil kelas lakonan atau menimba ilmu.

Malah, pelakon hebat juga masih berterusan menimba ilmu inikan pula yang baru bergelar pelakon. Justeru berpegang kepada prinsip itu, pelakon cantik manis, Amira Othman tidak keberatan untuk menjalani kelas lakonan khas bersama aktor Que Haidar untuk menyerlahkan bakat lakonan.

Menurut Amira, selepas berguru dengan Que, lakonannnya kini lebih baik terutama ketika membintangi drama bersiri Red Velvet.

“Sebenarnya saya mengambil kelas lakonan bersama Que sebelum saya menerima tawaran berlakon dalam drama bersiri Red Velvet lagi.

“Tidak sangka tawaran berlakon drama ini datang ketika saya sedang menjalani kelas lakonan tersebut.

“Malah saya masih lagi menjalani kelas lakonan tersebut biarpun sudah memulakan penggambaran.

“Saya rasa lebih yakin kini apabila sudah mempunyai sedikit ilmu dalam bidang lakonan, sekurang-kurang ia membantu saya untuk memperbaiki lakonan saya,” katanya kepada Astro Gempak.

Pelakon Abang Bomba I Love You itu memberitahu kelas lakonan itu diambil atas inisiatifnya sendiri dan tiada paksaan.

“Tiada siapa paksa atau suruh tetapi ia datang dari inisiatif saya sendiri untuk mencari ilmu dalam bidang lakonan. Ia sebagai kepuasan dan pencapaian diri saya sendiri sahaja,” ujarnya. –KLICK.MY

Share.

About Author

Leave A Reply