Thursday, August 22

Pembantu Peribadi, Ahmad Iqbal ‘Anak Ikan’ Datuk Seri Vida?

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

Sejak semalan tular di laman sosial berkenaan Pembantu Peribadi (PA) kepada usahawanita terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) yang memiliki pakej lengkap sebagai lelaki idaman.

Rata-rata netizen memuji pakej yang dimiliki oleh pemuda yang bekerja sebagai Pegawai Media dan Pembantu Peribadi DSV itu.

Di mana ada DSV, maka di situlah ada pemuda yang dikenali sebagai Ahmad Iqbal Zulkefli ini. Justeru, tidak hairanlah dia juga mendapat perhatian daripada para netizen sementelah mempunyai wajah menarik.

Menurut pemuda berusia 23 tahun ini, dia tidak menolak seandainya bertemu jodoh dengan jutawan kosmetik itu namun agak kesal apabila dituduh sebagai ‘anak ikan’ DSV.

“SAYA akui, kami serasi bersama dan sekiranya dia jodoh saya, saya terima kerana itu ketentuan Allah SWT. Sekiranya tidak, saya akan teruskan bekerja sebagai Pegawai Media dan Pembantu Peribadinya,” jelasnya.

Keakraban mereka berdua menimbulkan tanda tanya di media sosial sejak kelmarin kerana ada yang mengatakan Ahmad Iqbal adalah ‘anak ikan’ baru DSV yang kembali solo sejak 7 April lalu.

“Saya agak sedih apabila orang memperkatakan saya ini anak ikannya, sedangkan saya bekerja keras setiap hari dan boleh dikatakan setiap hari saya hanya dapat tidur selepas waktu subuh.

“Saya tidak pelik sekiranya timbul kata-kata seperti saya ini bakal suami DSV kerana kami memang selesa bersama. Dia senang terima teguran mengenai pelbagai perkara termasuklah fesyen dan penampilannya,” katanya.

Ahmad Iqbal mula bekerja dengan DSV secara rasmi sejak Jun lalu dan bertanggungjawab mengendalikan media sosial DSV, mengambil gambar dan video aktiviti serta melakukan suntingan sebelum memuat naik ke laman berkenaan.

Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan lulusan Diploma Penulisan Kreatif daripada Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu turut menafikan yang dia menumpang populariti DSV mahupun cuba mengambil kesempatan terhadap kekayaan jutawan berkenaan.

Sementara itu, DSV yang ketika ini berada di Makkah untuk menunaikan Umrah ketika dihubungi berkata, pemuda itu memahami dirinya dan berfikiran matang.

Dalam masa sama, DSV menafikan yang Ahmad Iqbal adalah anak ikannya seperti yang diperkatakan netizen di media sosial.

“Anak ikan? Muka dia muda. Saya pun tidak rasa saya tua. Saya muda dan kalau bergambar tu macam tak jauh (beza) antara saya dengan dia. Macam ada kematangan pada diri dia. Jadi anak ikan… tidaklah… mana ada.

“Saya bukan jenis ambil anak ikan. Amanah Allah SWT bagi, untuk apa saya pelihara benda macam ini. Walaupun saya gedik dan bukan alim, tapi saya tahu jaga diri. Dia sentiasa ada dengan keluarga saya. Nak bawa orang masuk dalam rumah bukanlah senang-senang.

“Saya kasihan baca komen negatif tapi Alhamdulillah dia tenang tapi terkesan juga apabila orang cakap saya tak sedar diri nak lelaki kacak muda saja. Buat skandal. Saya tahu ramai suka dia setiap

kali pergi kemana-mana pun tetapi bukan alasan itu untuk berada di samping saya dan satu lagi, dia bukan penyebab perceraian saya,” katanya. –KLICK.MY

Sumber: HM Online

Share.

About Author

Leave A Reply