Thursday, April 25

Peminat Bimbang Lihat Gambar Terbaharu Johnny Depp, Kurus & Pucat

Google+ Pinterest LinkedIn Tumblr +

SEORANG lagi artis antarabangsa tampil dengan imej yang membimbangkan para peminat.

Kalau sebelum ini tersebarnya gambar pelakon China, Jet Li yang kelihatan tua dan tidak bermaya tersebar di Internet, kini tiba giliran pula pelakon yang terkenal dengan watak lanun, Johnny Depp.

Heboh di media sosial apabila tular gambar terbaharu Depp yang kelihatan semakin kurus dan pucat.

Foto yang tular itu telah mencetuskan kebimbangan di kalangan netizen sehingga ada yang beranggapan aktor tersebut kini sedang sakit.

Menurut laporan Daily Mail, Depp telah bergambar dengan peminat di Rusia pada minggu lalu sebelum beraksi dalam satu konsert bersama kumpulan muziknya The Vampires Hollywood.

Gambar-gambar itu dirakamkan di hotel Four Seasons di St. Petersburg, Moscow iaitu lokasi persembahan kumpulan muzik tersebut.

Keterujaan wanita-wanita itu berkongsi gambar terhenti apabila ramai netizen yang memberikan komen lebih kepada kebimbangan terhadap keadaan kesihatan Depp.

Rata-rata netizen meluahkan rasa risau dengan keadaan terbaharu Depp dan berharap agar dia mendapat rawatan terbaik untuk mengubati masalah penyakit yang dihadapi.

Namun ada juga yang mengatakan ia mungkin penampilan terbaru Depp bagi menjayakan filemnya yang akan datang. –LUBUKCERITA

Share.

About Author

Leave A Reply